Welcome To ✦ Domokun ✦ Land..Do Follow Me? Back To Dashboard
✦ who i am ✦

Friday, March 8, 2013

KONVOKESYEN POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN



Alhamdulillah , untuk sem ni saya dapat menyaksikan konvokesyen berjalan .Agak teruja sikit,tambah lagi kami dari Ahli Jpam politeknik di minta oleh Tuan Pengarah untuk berkhidmat menjaga lalu lintas sepanjang Majlis Konvokesyen di jalankan.Saya rasa berbesar hati kerana dapat menyumbangkan sedikit khidmat untuk politeknik tuanku syed sirajuddin ini.

Kami diarahkan oleh Encik Tahir agar di pecah kan kepada 3kumpulan.Kumpulan saya ditugaskan untuk menjaga di bahagian parking berdekatan dengan dewan di mana konvokesyen akan berlangsung.Terasa kebimbangan sikit kerana takut sesak untuk kereta keluar masuk.Sebelum itu,kami juga telah di bekalkan dengan satu peta lalu lintas.

Orang kata panas lah,nanti hitam.Tapi bagi kiteorang tak mengapa kerana Encik Tahir sendiri yang cakap jangan kerja teruk.Kalau rasa rasa tak tahan panas,lari cari tempat redup.Kumpulan kami agak beruntung sebab ada budak lelaki,berharap kami akan ringan sikit beban hihihi :)

Sekarang pun,pesta untuk konvokesyen sedang di jalankan berhadapan dengan blok kamsis.Agak meriah tapi kurang sambutan dari pelajar.Semua permainan adalah percuma,hadiah disediakan oleh pihak pengajur.Dengar cerita Johan asari datang tapi tak tau kebenarannya.

Yang sedia di maklumkan 11/3/2013 nanti ada ana rafali dengan farah ashikin datang.Fizo omar pun dengar cerita nak datang bagi memeriahkan Majlis konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin :)

0 comments:

Post a Comment

 
All Right Reserved @ 2012.
✦ Domokun ✦ Land Was Design By Nabila Medan.