Welcome To ✦ Domokun ✦ Land..Do Follow Me? Back To Dashboard
✦ who i am ✦

Thursday, February 28, 2013

Actually aku rindu dengan family aku :'( korang nak tahu tak lepas naik cuti raya cina haritu,tu lahh first time dalam sejarah hidup aku sepanjang di politeknik tuanku syed sirajuddin ni ,aku terasa nekad sangat nak amik tiket balik Johor semula.Agak gila lahh kan?tapi tu lahh yang aku rasa waktu tu.. aku pun taktau macam mana boleh timbul perasaan tu :'(

Gambar raya tahun lepas :)









Jyeahhh! tahun ni dapat adik baru :D

Wednesday, February 27, 2013

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

TERIMA KASIH :)


 Woww!!seronok maa dah dapat kad ahli JPAM.Tapi sebelum dapat kad tu dengan sijil memang masak lahh fizikal & Mental kami kena uji,Gila bak hang lahh,hampir kena makan nasi basi wehh,dah lahh kena makan nasi tu,kena rendam dengan air stokin pulak.Menangis lah kalau sesiapa yang tak tahan.Paling tak boleh blahh,pagi pagi dengan perut kosong dalam pukul3 pagi kena gegar bangun ,lepastu kena buat "Roti gulung".Fuhhh,memang salutt lahh,aku yang ganas2 macam ni pun nak termuntah bagai,hampir nak menangis sebab dah tak tahan sangat.Aku kalau korang nak tau bab bab lain aku still lagi boleh kental,tapi kalau kepala aku pening,tekak aku loya memang aku surrender bhaii!!

lagi berkawad *tak ingat masa hari keberapa*

ni pun tak boleh blahh *Letuppannn! letupannn ! *
tapi memang syok lahh , Everything is the best moment ! :) and semua memangg sporting habiss :)

dok khusyuk dengaq ceramah :)

" siap sedia,integriti ! 1JPAM " :)

bacaan doa oleh imam :)
Naziah nazri dengan budak kuat perasan,kak yanaa :P

Me with yati :)

Budak paling comell dalam kem :D ,HIDAYAH IDERIS
View dari blok kediaman 

Saya cute kan ? :)

suasana dalam dewan makan
Tower JPAM :D




APA PROJEK MEMIKAT SUAMI YAA…

Haa,untuk entry kali ni saya nak share dengan you all tentang sebuah novel ni,tajuk nya PROJEK MEMIKAT SUAMI.sumpah memang terbaik*semua novel aku cakap terbaik,hihih…tapi betul tak tipu,penulisannya pun okay,tak berapa nak teruk.Okay buat korang yang belum beli & baca novel ni aku nak habaqq sikit tentang synopsis novel ni.
Nawwal Husna,merupakan seorang graduan daripada university luar Negara *kalau tak silap saya dia baru habis tamat degree.Dia diminta oleh keluarganya untuk secepat mungkin pulang ke Malaysia sebab ada hal penting katanya.Dia yang merupakan anak yang baik pun pulang dengan harapan yang hampa kerana tidak dapat join rakan rakan pergi travel ke satu tempat ni*aku tak ingat sebab pelik sangat namanya..Terkejut beruk una(Nawwal husna)apabila ibunya meminta dia bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.lelaki tersebut merupakan anak rakan umminya,Datin Maimunah.Una seboleh boleh hendak menolok tawaran tersebut tetapi dia tidak sampai hati nak kecewa kan harapan umminya.Menurut umminya,lelaki tersebut iaitu Zahrain Alimin adalah seorang lelaki yang tampan & idaman satu Malaya,dia juga merupakan CEO termuda di Malaysia.Una tidak percaya dengan kata kata umminya,umminya hanya menjelaskan bahawa dia suami isteri hanya mahu yang terbaik buat anak anak nya,tak kan ibu bapa nak jodoh yang tak baik untuk anak-anaknya kan ? itulah yang asyik di firkin una sebentar tadi.Kak nora(akak kepada una)mengajak adikya itu untuk skodeng bakal suaminya di facebook,dengan teruja una menaip nama zahrain di facebook tapi malangya tidak ketemu.Ish!Poyo gila mamat ni,account facebook pun tak ada.tanpa berlengah masa,kak nora pun mengarahkan adiknya itu untuk mencari gambar zahrain di google..woww!!!!terkesima una melihat bakal suaminya itu,merupaka seorang ahli perniagaan yang terkenal dan di gilai ramai oleh gadi gadis di Malaysia terutamanya Adira Sulaiman,seorang model terkenal.
     Una terkejut apabila umminya memberitahu bahawa malam ni mereka perlu bertemu buat pertama kalinya sebelum di sahkan sebagai pasangan suami isteri tidak lama lagi.Dengan perasaan yang selamba Una terus bersiap,dia binggung untuk mengenakan pakaian apa untuk first date dia malam ni.Una,seorang yang simple hanya mengayakan blaus kuning berbunga kecil dan seluar bewarna krim dan menyadang beg kulit yang di belinya semasa dia di Barcelona.beg tu hampir lunyai kerana setiap kali dia pergi travel,beg tu yang dibawanya.Una pun turun ke bawah untuk menunggu Zahrain tiba.Umminya terkejut beruk melihat anak gadisnya memakai pakain sebegitu untuk keluar makan malam.”Una kenapa pakai baju ni,sayang”ujar ibunya.una dengan selamba menjawab”ala ummi,tak kan una nak pakai dress pulak,mana lah tau nanti dia nak ajak una pergi shopping mall ke,ada orang cakap una ni over dress pulak”.ummi nya hanya mendiamkan diri sahaja.tiba tiba telefon bimbit una berbunyi,lantas dia menjawab”Hello,yaa saya”.”cepat sikit boleh tak ?”balas zahrain”.una menjawab”taknak masuk dulu ke jumpa mak ayah saya ?”,”taka pa lah,saya nak cepat”.Ish nak ajak anak orang keluar dating,tapi tak nak jumpa mak dan ayah kita,getus hati una.”okay,wait me in a minute”balasnya.
       

   Una dengan rushing,terus melulu kearah kereta sport yang berada di hadapan rumahnya.dia terpaku melihat kereta milik zahrain dan dia berbisik dalam hati,mesti tuannya sama macam keretanya,una berdiri sementara menuggu zahrain keluar untuk membuka pintu kereta,namun harapanya hampeh apabila zahrain membuka tingkap keretannya dan berkata”masuk lah,tunggu apa lagi?”.una dengan kecewanya masuk ke dalam kereta itu.soalan una tadi terjawab apabila dia melihat wajah zahrain yang sungguh kacak,walaupun hanya melihat dalam gelap.kebisuan dalam kereta akhirnya di pecahkan oleh zahrain,dia berkata”saya lapar sebab tu nk cepat.makan pukul 1 tadi”.terus kereta nya dipandu laju dan menuju ke sebuah restoran itali yang mewah.Una terasa segan dengan pakaian yang dipakai kerana tidak sepadan dengan tempat yang mereka pergi..
(To be continued…….)

Tuesday, February 19, 2013

TARIAN NAGA :)


Halloo Hallo :D

Pukul12.30 tengahari…

Eh!bunyi apakah itu?wahhh,ada tarian naga lah kat jabatan hospitality.Bestnya,rugi tak turun..haaa,specialkan aku punya poli,macam macam ada J Aku oun sebenarnya tak sangka dorang ada buat benda benda macam ni.Respectlahh kat politeknik ni memang superb !! tapi ruginya aku tak dapat nak pergi sebab malas nak salin baju.dah lah pagi tadi ingat ada kelas ganti untuk business mathematic pukul10,punya excited naik kat bilik kuliah siap dengan dah beli sarapan bagai,tuptup dapat message daripada lecturer “ salam,kelas ganti untuk business mathematic untuk hari ni postponed sebab saya dalam meeting “ .Ohhh!!damn!!!..naik bengang penolong kelas aku sebab lewat terima message.
   Apalagi selesai amik nafas nak turun balik,terus pergi ke café pentadbiran sebab budak kelas aku semua lepak situ sambil makan untuk tengahari.aku pun join lahh sekali lepak,tapi tak makan pun sebab baru je lepas makan roti hotdog dengan minum air teh ais.Kami kalau dah berjumpa semua memang kecoh café di buatnya,memang gelak sakan J..sampai pelik orang tengok*peduli apa kiteorang :P…

Saturday, February 16, 2013

SEKETIKA SEMINGGU :D

Assalammualaikum semua,
    Okay for today i wish to story about my aktiviti sepanjang cuti raya cina :) fuhh! sumpah tak cukup rasanya poli bagi cuti seminggu je,tak banyak benda yang boleh buat kat rumah.pandai-pandailahh bahagikan masa supaya banyak sikit kenangan tercipta dirumah walaupun cuma seketika.okay first day i come back to home,fuhh so penat because i have to use public transportation from larkin to pasir gudang.Pening sungguh kepala masa dalam bus tu,dah lahh penuh dengan bangla/nepal,huhhh tak dapat bayangkan bau satu bus tu macam mana*Loya tekak sat*
    Aku paling suka masa petang aku tiba di rumah ,ayah aku kerah kami adik beradik macam pekerja kontrak,suruh angkat simen,suruh bancuh simen lahh,dah macam anak jantan dah.tapi aku tak kesah sebab kalau tak tolong makayah ,siapa lagi kan nak tolong dorang ?:D

Monday, February 11, 2013

Gara-gara Entrepreneurship final project !

Aku tak sangka lah disebabkan benda macam gini,relation kiteorang boleh hancur berkecai.Aku pun confuse and taktau nak buat macam mana.Benda ni start cuti bila ekk*Tak ingat pulak.Kawan aku 3orang ni cadangankan nak try buat projek kiteorang.Time tu aku memang terdesak sangat,takdak duit pulak tu so aku cakap kat dorang tak payah lah nak buat lagipun dah nak balik raya cina.Kat rumah pun boleh buat kan tapi dorang bertiga still degil lagi nak berkeras buat.Okay aku biar je dorang nak buat.Malam tu aku message kawan,cik Y.Aku cakap kat dia yang kiteorang bertiga tak jadi join*Group kiteorang ada 6orang.Then dia replay " okay,takpe ^___^ " aku reply balik " kalau marah ,cakap " dia still jugak dengan jawapan dia yang dia tak marah kan kiteorang tak join .*Panjanglahh kalau nak cerita semua.Pendek kan cerita,sekarangaku dengan cik N yang merupakan roomate aku,aku tak bertegur.Tapi hopefully semua okay after naik raya cina :)
                                                    *kawan selama-lamanya :)



starting !

Assalammualaikum :) okay ni first entry saya . oleh disebabkan saya tidur agak lewat malam ni then taktau nak buat apa , nak berfacebook pun dah boring*Bukan ada apa-apa pun , so saya saja lahh nak tulis,nak bercerita sikit kat Blog baru saya ni hihihih :p



 
All Right Reserved @ 2012.
✦ Domokun ✦ Land Was Design By Nabila Medan.