Welcome To ✦ Domokun ✦ Land..Do Follow Me? Back To Dashboard
✦ who i am ✦

Thursday, August 1, 2013

IFTAR RAMADHAN

“Ku mengaharapkan ramadhan kali ini penuh makna”

 Perkataan tu sering kali kita dengar bila tibanya bulan ramadhan .Alhamdulillah ,Allah SAW masih member saya peluang untuk merasai ramadhan pada tahun ini disamping orang yang saya sayangi ,Kawan-kawan & Keluarga J .

     Sudah menjadi kebiasaan bagi perantau macam saya ini berpuasa tanpa keluarga disisi . kali ini merupakan ramadhan kali ke 2 saya menyambut di bumi orang . Syukur , so far saya dapat berpuasa dengan tenang dan baik . Even kelas full pun saya masih berdaya dan kuatkan semangat agar terus berpuasa , tidak kira cuaca panas ke . Tapi apa yang saya dapat rasa kan ramdhan kali ini , memang benar benar ramadhan ynag penuh dengan rahmat . Mana tidak nya , first ramadhan lagi ,bumi perlis sudah dibasahi dengan hujan J . Syukur kerana bulan ramadhan kali ini penuh dengan keberkatan dari-Nya .

     Apa yang paling seronok bila tibanya bulan ramdhan ini ialah pada waktu berbuka J .Haaa kat situ bila kita pergi bazaar setiap petang , memang macam macam yang kita nak beli . Walhal nanti waku berbuka tak termakan pun ,Nafsu semata-mata kata orang . Alhamdulillah spanjang ramadhan kali ini saya tidak begitu ‘Rakus’ melihat makanan di bazaar poli . Gerai yang sering menjadi target untuk saya membeli juadah untuk berbuka ialah , gerai Nasi Beringin . Fuhhhh,memang superb lah nasi kat gerai ini . Bagi saya gerai ini memang sesuai untuk pelajar pelajar yang gemar makan nasi dan untuk jimatkan duit.Bukan apa ,di gerai ini kita boleh dapat nasi yang banyak,ayam yang tersangat besar,kuah yang pekat dan lazat dengan harga yang berpatutan iaitu RM3.50.Murah kan ?hm,mesti ramai yang tertanya-tanya ,nasi beringin tu macam mana kan .Sebenarnya nasi beringin tu sama je macam nasi kandar .Cuma beza pada nama je agaknya.


     Dah nama pun bulan puasa kan , haa budak budak kelas pun ada plan nak buka puasa kat luar bersama-sama dengan PA .Okaylah ,depa pun rancang nak pergi buka puasa dekat kuala perlis dengan bayaran sebanyak RM16 sekepala .Petang sebelum bertolak naik bus ke kuala perlis ,kalau di lihat balik geng kami lah yang paling kalut nak berdress up bagI ,macam macam kami try untuk lihat ‘gorgeous’ lahh kata kan ,hahaha.Ada yang pakai dress lah ,pakai baju p-plum.Paling tak boleh blah antara kami satu geng ni kak yana lahh . Diaorang semua paksa kak yana pakai baju kebaya , comel memang comel kak yana kalau berbaju kebaya ,hihi . yela sampai wafy (Ketua kelas ) tegur bibr kak yana , merah sangat . tapi kiteorang tengok takdak lah merah sangat . Paling memalukan ialah geng kami yang paling last naik bus ,terkedek2 berjalan kea rah bus . Cuak pun ada jugak sebab semua budak budak kelas dah naik atas bus , kami pun apa lagi tebal kan jela muka naik atas bus tu ,dah lah yang paling ‘vogue’.hehee J







Ramadhan kini hampir berakhir , Hari ini merupakan jumaat terakhir di bulan ramadhan pada tahun ini . Apa apa pun berharap agar segala amal yang kita buat sepanjang di bulan yang penuh berkah ini diberkati oleh Allah SWT :)

-Ramadhan melabuhkan tirai , Aidilfitri menjelma menyusun sepuluh 10 jari memohon ampun & maaf kepada sesiapa yang mengenali saya -

*ucapan daripada kami sekawan :)



0 comments:

Post a Comment

 
All Right Reserved @ 2012.
✦ Domokun ✦ Land Was Design By Nabila Medan.