Welcome To ✦ Domokun ✦ Land..Do Follow Me? Back To Dashboard
✦ who i am ✦

Wednesday, February 27, 2013



APA PROJEK MEMIKAT SUAMI YAA…

Haa,untuk entry kali ni saya nak share dengan you all tentang sebuah novel ni,tajuk nya PROJEK MEMIKAT SUAMI.sumpah memang terbaik*semua novel aku cakap terbaik,hihih…tapi betul tak tipu,penulisannya pun okay,tak berapa nak teruk.Okay buat korang yang belum beli & baca novel ni aku nak habaqq sikit tentang synopsis novel ni.
Nawwal Husna,merupakan seorang graduan daripada university luar Negara *kalau tak silap saya dia baru habis tamat degree.Dia diminta oleh keluarganya untuk secepat mungkin pulang ke Malaysia sebab ada hal penting katanya.Dia yang merupakan anak yang baik pun pulang dengan harapan yang hampa kerana tidak dapat join rakan rakan pergi travel ke satu tempat ni*aku tak ingat sebab pelik sangat namanya..Terkejut beruk una(Nawwal husna)apabila ibunya meminta dia bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.lelaki tersebut merupakan anak rakan umminya,Datin Maimunah.Una seboleh boleh hendak menolok tawaran tersebut tetapi dia tidak sampai hati nak kecewa kan harapan umminya.Menurut umminya,lelaki tersebut iaitu Zahrain Alimin adalah seorang lelaki yang tampan & idaman satu Malaya,dia juga merupakan CEO termuda di Malaysia.Una tidak percaya dengan kata kata umminya,umminya hanya menjelaskan bahawa dia suami isteri hanya mahu yang terbaik buat anak anak nya,tak kan ibu bapa nak jodoh yang tak baik untuk anak-anaknya kan ? itulah yang asyik di firkin una sebentar tadi.Kak nora(akak kepada una)mengajak adikya itu untuk skodeng bakal suaminya di facebook,dengan teruja una menaip nama zahrain di facebook tapi malangya tidak ketemu.Ish!Poyo gila mamat ni,account facebook pun tak ada.tanpa berlengah masa,kak nora pun mengarahkan adiknya itu untuk mencari gambar zahrain di google..woww!!!!terkesima una melihat bakal suaminya itu,merupaka seorang ahli perniagaan yang terkenal dan di gilai ramai oleh gadi gadis di Malaysia terutamanya Adira Sulaiman,seorang model terkenal.
     Una terkejut apabila umminya memberitahu bahawa malam ni mereka perlu bertemu buat pertama kalinya sebelum di sahkan sebagai pasangan suami isteri tidak lama lagi.Dengan perasaan yang selamba Una terus bersiap,dia binggung untuk mengenakan pakaian apa untuk first date dia malam ni.Una,seorang yang simple hanya mengayakan blaus kuning berbunga kecil dan seluar bewarna krim dan menyadang beg kulit yang di belinya semasa dia di Barcelona.beg tu hampir lunyai kerana setiap kali dia pergi travel,beg tu yang dibawanya.Una pun turun ke bawah untuk menunggu Zahrain tiba.Umminya terkejut beruk melihat anak gadisnya memakai pakain sebegitu untuk keluar makan malam.”Una kenapa pakai baju ni,sayang”ujar ibunya.una dengan selamba menjawab”ala ummi,tak kan una nak pakai dress pulak,mana lah tau nanti dia nak ajak una pergi shopping mall ke,ada orang cakap una ni over dress pulak”.ummi nya hanya mendiamkan diri sahaja.tiba tiba telefon bimbit una berbunyi,lantas dia menjawab”Hello,yaa saya”.”cepat sikit boleh tak ?”balas zahrain”.una menjawab”taknak masuk dulu ke jumpa mak ayah saya ?”,”taka pa lah,saya nak cepat”.Ish nak ajak anak orang keluar dating,tapi tak nak jumpa mak dan ayah kita,getus hati una.”okay,wait me in a minute”balasnya.
       

   Una dengan rushing,terus melulu kearah kereta sport yang berada di hadapan rumahnya.dia terpaku melihat kereta milik zahrain dan dia berbisik dalam hati,mesti tuannya sama macam keretanya,una berdiri sementara menuggu zahrain keluar untuk membuka pintu kereta,namun harapanya hampeh apabila zahrain membuka tingkap keretannya dan berkata”masuk lah,tunggu apa lagi?”.una dengan kecewanya masuk ke dalam kereta itu.soalan una tadi terjawab apabila dia melihat wajah zahrain yang sungguh kacak,walaupun hanya melihat dalam gelap.kebisuan dalam kereta akhirnya di pecahkan oleh zahrain,dia berkata”saya lapar sebab tu nk cepat.makan pukul 1 tadi”.terus kereta nya dipandu laju dan menuju ke sebuah restoran itali yang mewah.Una terasa segan dengan pakaian yang dipakai kerana tidak sepadan dengan tempat yang mereka pergi..
(To be continued…….)

0 comments:

Post a Comment

 
All Right Reserved @ 2012.
✦ Domokun ✦ Land Was Design By Nabila Medan.